http://i1153.photobucket.com/albums/p517/tombirou_last/shop-cart-icon_zps99561490.png Tips penjagaan Adapter Charger Laptop :: Syawal Gajet http://i1153.photobucket.com/albums/p517/tombirou_last/shop-cart-icon_zps99561490.png

Review Cart.


Checkout Summary.

Total
Items:
> Total
Amount:
+ Delivery:+ Tax:= GRAND
TOTAL:

Send Order Pay with Paypal
View Cart () items.

Monday, June 30, 2014

Tips penjagaan Adapter Charger Laptop


Sila tinggalkan pandangan anda untuk kami baikpulih.


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu kembali setelah beberapa hari syawal berhempas pulas dengan exam dan seterusnya mengikuti program Baksis di Kampung Baru Padang Sanai Kuala Nerang anjuran Pertadbiran Muamalat dengan kerjasama Persatuan Islamic Finance and Banking Uum.

Hehe, bukannya nak cerita pengalaman syawal ketika mengikuti program tersebut namun syawal berkongsi beberapa tips penjagaan Adapater Charger Laptop. Untuk pengetahuan seandainya kita tahu menjaga alat-alat laptop ini kita dapat memanjangkan jangka hayat laptop kita supaya tidak mengalami kerosakkan disebabkan sparepart laptop rata-rata bernilai ratusan ringgit. Jadi, jadilah laptop dan aksesori tersebut sebaik mungkin supaya harga yang kita bayar untuk membeli sebuat laptop itu sepadan dengan tempoh penggunaan kita.


Sila follow dan like page kami untuk sebarang urusan.
Baik, mari kita belajar untuk menjaga adapter charger laptop.

1) Perkara yang paling penting sekali adalah dengan memastikan charger yang anda gunakan adalah khas untuk laptop anda. jika anda menggunakan charger yang bukan untuk laptop anda, kemungkinan untuk laptop anda rosak adalah tinggi. Sebagai contoh jika laptop anda jenama asus dan anda menggunakan adapter charger jenama acer. Anda cuba aliran elektrik pun masuk dan anda terus gunakkan dengan senang hati tanpa menggantikan yang baru. tindakkan anda ini sebenarnya salah disebabkan kemungkinan "port" charger itu akan mengalami kerosakkan.

2) Seterusnya, sila letakkan charger laptop anda di tempat yang tidak berdekatan dengan air. Hal ini untuk mengelakkan anda daripda terkena renjatan elektrik dan kemusnahan laptop anda. Mesti ada selalu letakan gelas minuman di sebelah laptop anda sambil berfacebook kan? Jadi, jangan amalkan selalu disebabkan "malang tak berbau".

3) Yang ketiga, selalu cabut charger anda apabila charger anda sudah terlalu panas. Hal ini kerana untuk mengelakkannya daripada rosak dan turut merosakkan laptop. Kemudian laptop anda tak dapat untuk dihidupankan. Jadi, perlulah dihantar ke kedai untuk dibaiki. Sebagai contoh, ada kes laptop tak ditutup seharian kemudian adapter charger itu menjadi teramat panas sehingga merosakkan board laptop tersebut. Bagi pihak kami, kami hanya dapat menasihati anda supaya menggunakan dengan cara yang betul sahaja.


4) Yang keempat, anda dinasihatkan mencabut charger apabila bateri laptop anda sudah penuh. Dengan hal ini sekaligus dapat menjaga bateri dan charger anda.

5) Seterusnya, apabila anda menggunakan charger, adalah dinasihatkan menanggalkan bateri. Untuk pengetahuan, apabila anda menggunakan bateri adalah lebih baik untuk mencabut charger. Kemudian, andai anda ingin mengecas bateri laptop anda adalah lebih baik jika laptop anda dalam keadaan "OFF".

6) Yang keenam, apabila anda menggunakan charger untuk masa yang agak lama, letakkannya di atas permukaan yang tidak memerangkap haba seperti kain, kusysen, kulut, sofa, peha anda, selimut dan lain-lain. Ini adalah untuk mengelakkan adapater charger anda menjadi lebih panas dan "leaking"


7) Dan tips yang terakhir mampu syawal kongsikan adalah wayar charger harus dielakkan daripda terkoyak akibat terkena beda tajam seperti bucu meja. Anda kata, wayar charger sudah terkoyak, jangan gunakkan lagi. Selalin itu, jangan balut wayar charger dengan 'tape' atau material lain. Renjatan elektrik dan kemusnahan laptop kemungkinan boleh berlaku. Tukar dan beli charger yang baru adalah tindakkan yang paling selamat.

Alhamdulillah, setakat itu yang mampu syawal kongsikan buat sahabat-sahabat di luar sana terutamanya para pelajar universiti. Anda perlu menambah ilmu tentang penjagaan aksesori laptop supaya duit biasiswa dan ptptn anda tidak hangus untuk membaiki laptop sahaja. Sekian daripada syawal. Terima kasih kerana membaca. Semoga ilmu yang dikongsi mendapat pahala.


Encik s,
moga Allah reda,
Business is sunnah,
Urus wang gaya nabi yusuf,
Murrabi gajet..

Cute financial planner will be. InsyaALLAH

Any question about gajet can contct our staff by inbox page.
Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh
PM --> www.facebook.com/messages/jerseylatestshop
atau personal adviser,
Sms wechat whatsapp 
Syawal - 0125462297
Pelbagai jenis aksesori gajet lain juga ada!

Like and share.


Powered by Blogger.