http://i1153.photobucket.com/albums/p517/tombirou_last/shop-cart-icon_zps99561490.png June 2014 :: Syawal Gajet http://i1153.photobucket.com/albums/p517/tombirou_last/shop-cart-icon_zps99561490.png

Review Cart.


Checkout Summary.

Total
Items:
> Total
Amount:
+ Delivery:+ Tax:= GRAND
TOTAL:

Send Order Pay with Paypal
View Cart () items.

Monday, June 30, 2014

Tips penjagaan Adapter Charger Laptop


Sila tinggalkan pandangan anda untuk kami baikpulih.


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu kembali setelah beberapa hari syawal berhempas pulas dengan exam dan seterusnya mengikuti program Baksis di Kampung Baru Padang Sanai Kuala Nerang anjuran Pertadbiran Muamalat dengan kerjasama Persatuan Islamic Finance and Banking Uum.

Hehe, bukannya nak cerita pengalaman syawal ketika mengikuti program tersebut namun syawal berkongsi beberapa tips penjagaan Adapater Charger Laptop. Untuk pengetahuan seandainya kita tahu menjaga alat-alat laptop ini kita dapat memanjangkan jangka hayat laptop kita supaya tidak mengalami kerosakkan disebabkan sparepart laptop rata-rata bernilai ratusan ringgit. Jadi, jadilah laptop dan aksesori tersebut sebaik mungkin supaya harga yang kita bayar untuk membeli sebuat laptop itu sepadan dengan tempoh penggunaan kita.


Sila follow dan like page kami untuk sebarang urusan.
Baik, mari kita belajar untuk menjaga adapter charger laptop.

1) Perkara yang paling penting sekali adalah dengan memastikan charger yang anda gunakan adalah khas untuk laptop anda. jika anda menggunakan charger yang bukan untuk laptop anda, kemungkinan untuk laptop anda rosak adalah tinggi. Sebagai contoh jika laptop anda jenama asus dan anda menggunakan adapter charger jenama acer. Anda cuba aliran elektrik pun masuk dan anda terus gunakkan dengan senang hati tanpa menggantikan yang baru. tindakkan anda ini sebenarnya salah disebabkan kemungkinan "port" charger itu akan mengalami kerosakkan.

2) Seterusnya, sila letakkan charger laptop anda di tempat yang tidak berdekatan dengan air. Hal ini untuk mengelakkan anda daripda terkena renjatan elektrik dan kemusnahan laptop anda. Mesti ada selalu letakan gelas minuman di sebelah laptop anda sambil berfacebook kan? Jadi, jangan amalkan selalu disebabkan "malang tak berbau".

3) Yang ketiga, selalu cabut charger anda apabila charger anda sudah terlalu panas. Hal ini kerana untuk mengelakkannya daripada rosak dan turut merosakkan laptop. Kemudian laptop anda tak dapat untuk dihidupankan. Jadi, perlulah dihantar ke kedai untuk dibaiki. Sebagai contoh, ada kes laptop tak ditutup seharian kemudian adapter charger itu menjadi teramat panas sehingga merosakkan board laptop tersebut. Bagi pihak kami, kami hanya dapat menasihati anda supaya menggunakan dengan cara yang betul sahaja.


4) Yang keempat, anda dinasihatkan mencabut charger apabila bateri laptop anda sudah penuh. Dengan hal ini sekaligus dapat menjaga bateri dan charger anda.

5) Seterusnya, apabila anda menggunakan charger, adalah dinasihatkan menanggalkan bateri. Untuk pengetahuan, apabila anda menggunakan bateri adalah lebih baik untuk mencabut charger. Kemudian, andai anda ingin mengecas bateri laptop anda adalah lebih baik jika laptop anda dalam keadaan "OFF".

6) Yang keenam, apabila anda menggunakan charger untuk masa yang agak lama, letakkannya di atas permukaan yang tidak memerangkap haba seperti kain, kusysen, kulut, sofa, peha anda, selimut dan lain-lain. Ini adalah untuk mengelakkan adapater charger anda menjadi lebih panas dan "leaking"


7) Dan tips yang terakhir mampu syawal kongsikan adalah wayar charger harus dielakkan daripda terkoyak akibat terkena beda tajam seperti bucu meja. Anda kata, wayar charger sudah terkoyak, jangan gunakkan lagi. Selalin itu, jangan balut wayar charger dengan 'tape' atau material lain. Renjatan elektrik dan kemusnahan laptop kemungkinan boleh berlaku. Tukar dan beli charger yang baru adalah tindakkan yang paling selamat.

Alhamdulillah, setakat itu yang mampu syawal kongsikan buat sahabat-sahabat di luar sana terutamanya para pelajar universiti. Anda perlu menambah ilmu tentang penjagaan aksesori laptop supaya duit biasiswa dan ptptn anda tidak hangus untuk membaiki laptop sahaja. Sekian daripada syawal. Terima kasih kerana membaca. Semoga ilmu yang dikongsi mendapat pahala.


Encik s,
moga Allah reda,
Business is sunnah,
Urus wang gaya nabi yusuf,
Murrabi gajet..

Cute financial planner will be. InsyaALLAH

Any question about gajet can contct our staff by inbox page.
Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh
PM --> www.facebook.com/messages/jerseylatestshop
atau personal adviser,
Sms wechat whatsapp 
Syawal - 0125462297
Pelbagai jenis aksesori gajet lain juga ada!

Like and share.


Monday, June 9, 2014

Tips Penjagaan Skrin


Sila tinggalkan pandangan anda untuk kami baikpulih.

Pernahkah laptop anda jadi begini?

Alhamdulilah, perniagaan yang dijalankan setahun yang lepas mendapat sambutan ramai dan tindak balas yang positif. Kami bermula dengan zero dan insyALLAH berakhir dengan Hero. Perniagaan adalah sunnah, Rasulullah saw pun berniaga pada zaman baginda. Jadi, syawal di sini berusaha untuk meneruskan sunnah beliau di samping memudahkan anda-anda semua mendapatkan service yang terbaik. Keuntungan dalam perniagaan bukanlah faktor utama dalam diri syawal. Hanya dengan melihat diri-diri anda yang membaca ini sudah cukup memadai memuaskan hati ini. Oleh itu, di samping melaksanakan service mebaiki laptop. Kami juga ada berkongsi tips-tips berkaitan dengan penjagaan laptop atau komputer. Anda mesti ingat, barang elektrik ini seperti kereta juga dan motor. Laptop memerlukan jagaan rapi dan service yang berkala untuk memastikan performance dan jangka hanya laptop dapat dipanjangkan. Anda kos anda untuk membaiki laptop andai mengalami kerosakkan juga turut dapat dikurangkan. Andai takdir laptop anda rosak. Memang syawal tak dapat nak bantu apa-apa la. hehe.
Berbekalkan semangat untuk memberikan service yang terbaik untuk anda. Kami ini sini menyediakan perkhidmatan nasihat atau consultation secara percuma untuk penjagaan laptop anda. Anda boleh tinggalkan sebarang persoalan di page kami Jersey Latest Shop inbox personal FB admin. Mohd Syawalludin bin Mohd Jamil. Jadi, silalah baca mengenai tips2 penjagaan laptop anda.

10 tips TERBAIK untuk memanjangkan jangka hayat skrin laptop anda!

1. Selalulah cuci skrin anda untuk mengelakkan ia dimasuki habuk yang nampak kecil tetapi sebenarnya sangatlah tidak baik untuk skrin anda.

2. Jangan sesekali mencuci skrin anda dengan kain yang kering. Ini disebabkan kotoran-kotoran yang melekat pada skrin tidak akan diserap oleh kain tersebut malah akan mencalarkan skrin anda.

3. Jangan letak objek yang berat menimpa laptop anda ketika laptop tidak digunakan.

4. Gunakan screen saver atau lebih baik setting pada "Power Management" dan setkan masa ‘Turn off the display in _ minutes. Lebih singkat masa lebih baik. Ini untuk tidak mensia-siakan lifespan @ jangka hayat skrin yang kebiasaannya dalam 3000 – 4000 jam (skrin ORIGINAL sahaja, skrin yang bukan original lifespan lebih sedikit).

5. Jangan letakkan jari anda di paparan skrin kerana ada kebarangkalian anda akan menyebabkan terjadinya ‘dead pixel’ iaitu pixel yang tidak menyala oleh kerana tekanan yang mungkin lebih diberikan oleh jari anda terhadap skrin tersebut.

6. Gunakan kain yang 100% cotton untuk tujuan pembersihan kerana ia adalah lembut dan bersifat menyerap seperti baju2 lama dan stokin. Elakkan dari mengguna kain yang fabriknya bercampur dengan polyster kerana ia mengandungi filamen yang akan mencalarkan skrin anda.

Antara laptop yang telah berjaya kami baiki.
7. Cara yang tepat untuk membersihkan skrin laptop adalah dengan menggunakan alat khas untuk mencuci skrin laptop. Pastikan set yang anda beli itu dilengkapi dengan kain anti-statik iaitu kain yang akan dapat ketika membeli spek mata kerana itu adalah alat terbaik dan paling efisien untuk mencuci skrin laptop anda.

8. Semasa menjalankan proses pembersihan, INGAT! jangan spray terus kepada skrin laptop anda tetapi pada kain tersebut dan JANGAN! lakukan proses pembersihan dalam keadaan laptop ON.

9. Pastikan skrin anda berada dalam keadaan kering sebelum anda menutup ‘lid’ laptop anda.

Sebolehnya elakkan laptop anda jadi begini
10. Pastikan diantara skrin dan laptop anda atau diatas keyboard anda tiada objek tidak kira kecil atau besar kerana banyak kes seperti terlupa alihkan pendrive lalu mencederakan skrin anda.

Antara pelanggan yang berpuas hati dengan service kami!




Anda gembira, kami pun gembira.


Any question about gajet can contct our staff by inbox page.
Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh
PM --> www.facebook.com/messages/jerseylatestshop
atau personal adviser,
Sms wechat whatsapp 
Syawal - 0125462297
Pelbagai jenis aksesori gajet lain juga ada!

Like and share.
Powered by Blogger.