http://i1153.photobucket.com/albums/p517/tombirou_last/shop-cart-icon_zps99561490.png 2014 :: Syawal Gajet http://i1153.photobucket.com/albums/p517/tombirou_last/shop-cart-icon_zps99561490.png

Review Cart.


Checkout Summary.

Total
Items:
> Total
Amount:
+ Delivery:+ Tax:= GRAND
TOTAL:

Send Order Pay with Paypal
View Cart () items.

Tuesday, July 22, 2014

KOMPUTER UNTUK GAMING


Sila tinggalkan pandangan anda untuk kami baikpulih.



Jersey Latest Shop 
Set PC CUSTOM MADE ..
1 Year Warranty

Price: RM1150
Processor: INTEL Core i3 3.20GHz 1155FSB / 3MB - 3220
Motherboard: Asus H61M-PRO (for Intel®) 
Graphic Card: Leadtex NVIDIA GT610/2G DDR3/64BIT
Hard Disk Drive: Toshiba 500GB 
RAM: Team Elite 2GB DDR3 
Internal DVD: LiteOn DVD-RW 24X (SATA) 
Casing: Elite 342 / 343
Power Supply: BW25 (250W)
Operating System: Windows 7

* Free Gift: Keyboard, Mouse & Mouse Pad
* NEW LED Monitor Philips 18.5" (3 Years Warranty) - RM270

Any question about gajet can contct our staff by inbox page.
Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh
PM --> www.facebook.com/messages/jerseylatestshop
atau personal adviser,
Sms wechat whatsapp
Syawal - 0125462297
Pelbagai jenis aksesori gajet lain juga ada!

Like and share.

Monday, July 7, 2014

Punca Laptop Panas Dan Auto Shutdown


Sila tinggalkan pandangan anda untuk kami baikpulih.

Punca Laptop Panas Dan Auto Shutdown 
CONTOH MOTHERBOARD ROSAK. SAMPAI BERBAU HANGIT

KAMI PERLU MENGANGTIKAN SEMULA SAMA ADA CHPSET ATAU MOTHERBOARD

Ada customer d0k tanya .. " kenapa saya guna laptop sy dalam 30 minit mcm tu, kadang2 shutdown sendiri ye..lepas tu panas sangt la".

klau kawan2 nk taw.. nie la salah satu punca dia .. Laptop nie dah 2-3 tahun x service dan CHIPSET dia dah TERBAKAR sebab PANAS sangat.. berhabuk sngt dah nie.. bayangkan lah hidung kita mcm nie.. agak2 mcm mana ye.. msti x leh nk brnyawa kan..mcm tu juga la dengn laptop kita ..

laptop nie kita kene service setiap tahun.. setahun je cuci.lebih2 lagi laptop ACER dan HP/Compaq. jgn tunggu lama2.. nant klau dah terbakar motherboard MENYESAL sbb nk repair dia tu ambik masa dan kos (leps nie klau rosak jgn dk tnya la sebb apa lmbat siap ye, nak repair motherboard tu bukan mudah yee) ..hehe..

kenapa perlu cuci setiap tahun?? kenapa?? kenapa??

1- utk bersihkan habuk.
2- elakkan kepanasan terlampau
3- tukar thermal paste/ thermal pad
4- utk pastikan semut tidak buat sarang dalam laptop

Apabila MOTHERBOARD dan TERBAKAR akan terjadi maka berlakulah prkara2 yg kita tidak inginkan..

1- can't on
2- boleh on tpi x keluar gambar
3- gambar bergegar2
4- auto shutdown

TAHUKAH ANDA KEPANASAN TERLAMPAU JUGA BOLEH MENYEBABKAN KOMPENEN LAIN MENGALAMI KEROSAKKAN
SEPERTI

-keyboard
-hardisk
-RAM
-Skrin
-DVD
-USB not reconize
-VGA port 
dan lain2 lagi ....  

s0.. Jangan lupa, rajin2 la servis laptop anda yee :)

Any question about gajet can contct our staff by inbox page.
Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh
PM --> www.facebook.com/messages/jerseylatestshop
atau personal adviser,
Sms wechat whatsapp
Syawal - 0125462297
Pelbagai jenis aksesori gajet lain juga ada!

Like and share.

Thursday, July 3, 2014

Tips Jaga Keyboard


Sila tinggalkan pandangan anda untuk kami baikpulih.

Replacment keyboard dengan kami semudah 1,2 dan 3. Hubungi kami segera. :)

Tips Jaga Keyboard


Kali ini, saya akan memberikan beberapa tips ringkas untuk menjaga keyboard notebook anda agar dapat bertahan lebih lama. Keyboard di laptop @ notebook tidak sama dengan keyboard pada pc atau external keyboard. Keyboard di notebook lebih sensitif dan menyusahkan anda apabila terjadi kerosakan. Tahukah anda? Jika terjadi kerosakan kecil atau pada sebahagian kekunci sahaja, Anda harus mengganti keyboard notebook secara keseluruhan! kos yang diperlukan tentunya tinggi. Berikut ialah 4 tips ringkas untuk menjaga keyboard notebook Anda. sayangilah keyboard laptop anda kerana ia akan menyayangi duit anda.

1. Menggunakan Keyboard Protector

Gunalah keyboard protector, terutama jika Anda memiliki Laptop baru.Terdapat pelbagai jenis keyboard protector yang dijual di pasaran sekarang.Harga mengikut jenis protector itu sendiri,lingkungan RM10 - RM30.Malahan ada juga yang mengikut jenis keyboard laptop.Ianya diperbuat daripada plastik silicon dan boleh dibersihkan menggunakan air. Keyboard protector ini dapat menjaga agar butang keyboard sentiasa bersih dan mencegah dimasuki kotoran atau habuk dari luar ke dalam celah-celah keyboard. Namun, ada satu hal yang perlu diperhatikan, iaitu tidak semua Laptop di sarankan menggunakan keyboard protector kerana sesetengah laptop perlukan sistem aliran haba yang udaranya di ambil dari celah-celah keyboard. Dalam kes terburuk, keyboard protector akan membuat Laptop tersebut menjadi lebih panas.

2. Jauhkan Makanan dan Minuman atau merokok dari laptop anda

Jangan biasakan meletak minuman atau makanan berhampiran laptop kerana ada kemungkinan minuman atau makanan tersebut akan tumpah, terkena pada laptop dan menimbulkan kerosakan. Merokok di hadapan laptop juga boleh menyebabkan habuk rokok berterbangan dan melekat di celah-celah keyboard.Untuk hal ini bukan hanya akan merosakkan keyboard, malah keseluruhan Laptop.

3. Kurangkan Bermain Game dengan menggunakan keyboard laptop

Kurangkan bermain game dengan menggunakan keyboard laptop. Dalam sesebuah game biasanya hanya butang tertentu sahaja yang perlu ditekan. kadang-kadang kita menekan butang terlalu kuat dan dalam keadaan tidak sedar dan syok semasa bermain game. Hal ini dapat menyebabkan kerosakan sebahagian pada keyboard laptop Anda. Untuk bermain game lebih baik membeli input device tambahan, seperti keyboard external atau joystick .Walaupun yang Anda gunakan adalah laptop khusus untuk gaming, tidak semua keyboard nya memiliki reka bentuk dan ketahanan seperti keyboard gaming biasa.

4. Bersihkan Keyboard secara kerap

Debu/kotoran pada laptop perlu dibersihkan secara kerap kerana debu merupakan sesuatu yang boleh mengalirkan aliran elektrik pada rangkaian elektrik, menghalangi slot-slot butang keyboard , dan menghalang pengeluaran haba panas dari laptop. Untuk debu/kotoran yang melekat pada kekunci keyboard, gunakan lap untuk membersihkannya. Untuk debu yang berada di celah-celah keyboard, kita dapat menggunakan vaccum cleaner kecil yang hanya menggunakan kuasa dari usb, untuk menyedut habuk keluar dari celah-celah keyboard.Vaccum ada dijual di pasaran,harga sekitar RM10-RM20 sahaja berbanding jika keyboard anda rosak,anda terpaksa laburkan ratusan ringgit untuk menggantikan keyboard baru.
Kepada pengguna MacBook,anda mestilah bersihkan keyboard anda kerap kali,kerana ianya terlalu sensitif dan kos untuk tukar keyboard tersebut agak tinggi berbanding keyboard laptop biasa,tambahan jika menggunakan laptop yang warna putih.

Encik s,
moga Allah reda,
Business is sunnah,
Urus wang gaya nabi yusuf,
Murrabi gajet..

Cute financial planner will be. InsyaALLAH

Any question about gajet can contct our staff by inbox page.
Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh
PM --> www.facebook.com/messages/jerseylatestshop
atau personal adviser,
Sms wechat whatsapp 
Syawal - 0125462297
Pelbagai jenis aksesori gajet lain juga ada!

Like and share




Monday, June 30, 2014

Tips penjagaan Adapter Charger Laptop


Sila tinggalkan pandangan anda untuk kami baikpulih.


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu kembali setelah beberapa hari syawal berhempas pulas dengan exam dan seterusnya mengikuti program Baksis di Kampung Baru Padang Sanai Kuala Nerang anjuran Pertadbiran Muamalat dengan kerjasama Persatuan Islamic Finance and Banking Uum.

Hehe, bukannya nak cerita pengalaman syawal ketika mengikuti program tersebut namun syawal berkongsi beberapa tips penjagaan Adapater Charger Laptop. Untuk pengetahuan seandainya kita tahu menjaga alat-alat laptop ini kita dapat memanjangkan jangka hayat laptop kita supaya tidak mengalami kerosakkan disebabkan sparepart laptop rata-rata bernilai ratusan ringgit. Jadi, jadilah laptop dan aksesori tersebut sebaik mungkin supaya harga yang kita bayar untuk membeli sebuat laptop itu sepadan dengan tempoh penggunaan kita.


Sila follow dan like page kami untuk sebarang urusan.
Baik, mari kita belajar untuk menjaga adapter charger laptop.

1) Perkara yang paling penting sekali adalah dengan memastikan charger yang anda gunakan adalah khas untuk laptop anda. jika anda menggunakan charger yang bukan untuk laptop anda, kemungkinan untuk laptop anda rosak adalah tinggi. Sebagai contoh jika laptop anda jenama asus dan anda menggunakan adapter charger jenama acer. Anda cuba aliran elektrik pun masuk dan anda terus gunakkan dengan senang hati tanpa menggantikan yang baru. tindakkan anda ini sebenarnya salah disebabkan kemungkinan "port" charger itu akan mengalami kerosakkan.

2) Seterusnya, sila letakkan charger laptop anda di tempat yang tidak berdekatan dengan air. Hal ini untuk mengelakkan anda daripda terkena renjatan elektrik dan kemusnahan laptop anda. Mesti ada selalu letakan gelas minuman di sebelah laptop anda sambil berfacebook kan? Jadi, jangan amalkan selalu disebabkan "malang tak berbau".

3) Yang ketiga, selalu cabut charger anda apabila charger anda sudah terlalu panas. Hal ini kerana untuk mengelakkannya daripada rosak dan turut merosakkan laptop. Kemudian laptop anda tak dapat untuk dihidupankan. Jadi, perlulah dihantar ke kedai untuk dibaiki. Sebagai contoh, ada kes laptop tak ditutup seharian kemudian adapter charger itu menjadi teramat panas sehingga merosakkan board laptop tersebut. Bagi pihak kami, kami hanya dapat menasihati anda supaya menggunakan dengan cara yang betul sahaja.


4) Yang keempat, anda dinasihatkan mencabut charger apabila bateri laptop anda sudah penuh. Dengan hal ini sekaligus dapat menjaga bateri dan charger anda.

5) Seterusnya, apabila anda menggunakan charger, adalah dinasihatkan menanggalkan bateri. Untuk pengetahuan, apabila anda menggunakan bateri adalah lebih baik untuk mencabut charger. Kemudian, andai anda ingin mengecas bateri laptop anda adalah lebih baik jika laptop anda dalam keadaan "OFF".

6) Yang keenam, apabila anda menggunakan charger untuk masa yang agak lama, letakkannya di atas permukaan yang tidak memerangkap haba seperti kain, kusysen, kulut, sofa, peha anda, selimut dan lain-lain. Ini adalah untuk mengelakkan adapater charger anda menjadi lebih panas dan "leaking"


7) Dan tips yang terakhir mampu syawal kongsikan adalah wayar charger harus dielakkan daripda terkoyak akibat terkena beda tajam seperti bucu meja. Anda kata, wayar charger sudah terkoyak, jangan gunakkan lagi. Selalin itu, jangan balut wayar charger dengan 'tape' atau material lain. Renjatan elektrik dan kemusnahan laptop kemungkinan boleh berlaku. Tukar dan beli charger yang baru adalah tindakkan yang paling selamat.

Alhamdulillah, setakat itu yang mampu syawal kongsikan buat sahabat-sahabat di luar sana terutamanya para pelajar universiti. Anda perlu menambah ilmu tentang penjagaan aksesori laptop supaya duit biasiswa dan ptptn anda tidak hangus untuk membaiki laptop sahaja. Sekian daripada syawal. Terima kasih kerana membaca. Semoga ilmu yang dikongsi mendapat pahala.


Encik s,
moga Allah reda,
Business is sunnah,
Urus wang gaya nabi yusuf,
Murrabi gajet..

Cute financial planner will be. InsyaALLAH

Any question about gajet can contct our staff by inbox page.
Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh
PM --> www.facebook.com/messages/jerseylatestshop
atau personal adviser,
Sms wechat whatsapp 
Syawal - 0125462297
Pelbagai jenis aksesori gajet lain juga ada!

Like and share.


Monday, June 9, 2014

Tips Penjagaan Skrin


Sila tinggalkan pandangan anda untuk kami baikpulih.

Pernahkah laptop anda jadi begini?

Alhamdulilah, perniagaan yang dijalankan setahun yang lepas mendapat sambutan ramai dan tindak balas yang positif. Kami bermula dengan zero dan insyALLAH berakhir dengan Hero. Perniagaan adalah sunnah, Rasulullah saw pun berniaga pada zaman baginda. Jadi, syawal di sini berusaha untuk meneruskan sunnah beliau di samping memudahkan anda-anda semua mendapatkan service yang terbaik. Keuntungan dalam perniagaan bukanlah faktor utama dalam diri syawal. Hanya dengan melihat diri-diri anda yang membaca ini sudah cukup memadai memuaskan hati ini. Oleh itu, di samping melaksanakan service mebaiki laptop. Kami juga ada berkongsi tips-tips berkaitan dengan penjagaan laptop atau komputer. Anda mesti ingat, barang elektrik ini seperti kereta juga dan motor. Laptop memerlukan jagaan rapi dan service yang berkala untuk memastikan performance dan jangka hanya laptop dapat dipanjangkan. Anda kos anda untuk membaiki laptop andai mengalami kerosakkan juga turut dapat dikurangkan. Andai takdir laptop anda rosak. Memang syawal tak dapat nak bantu apa-apa la. hehe.
Berbekalkan semangat untuk memberikan service yang terbaik untuk anda. Kami ini sini menyediakan perkhidmatan nasihat atau consultation secara percuma untuk penjagaan laptop anda. Anda boleh tinggalkan sebarang persoalan di page kami Jersey Latest Shop inbox personal FB admin. Mohd Syawalludin bin Mohd Jamil. Jadi, silalah baca mengenai tips2 penjagaan laptop anda.

10 tips TERBAIK untuk memanjangkan jangka hayat skrin laptop anda!

1. Selalulah cuci skrin anda untuk mengelakkan ia dimasuki habuk yang nampak kecil tetapi sebenarnya sangatlah tidak baik untuk skrin anda.

2. Jangan sesekali mencuci skrin anda dengan kain yang kering. Ini disebabkan kotoran-kotoran yang melekat pada skrin tidak akan diserap oleh kain tersebut malah akan mencalarkan skrin anda.

3. Jangan letak objek yang berat menimpa laptop anda ketika laptop tidak digunakan.

4. Gunakan screen saver atau lebih baik setting pada "Power Management" dan setkan masa ‘Turn off the display in _ minutes. Lebih singkat masa lebih baik. Ini untuk tidak mensia-siakan lifespan @ jangka hayat skrin yang kebiasaannya dalam 3000 – 4000 jam (skrin ORIGINAL sahaja, skrin yang bukan original lifespan lebih sedikit).

5. Jangan letakkan jari anda di paparan skrin kerana ada kebarangkalian anda akan menyebabkan terjadinya ‘dead pixel’ iaitu pixel yang tidak menyala oleh kerana tekanan yang mungkin lebih diberikan oleh jari anda terhadap skrin tersebut.

6. Gunakan kain yang 100% cotton untuk tujuan pembersihan kerana ia adalah lembut dan bersifat menyerap seperti baju2 lama dan stokin. Elakkan dari mengguna kain yang fabriknya bercampur dengan polyster kerana ia mengandungi filamen yang akan mencalarkan skrin anda.

Antara laptop yang telah berjaya kami baiki.
7. Cara yang tepat untuk membersihkan skrin laptop adalah dengan menggunakan alat khas untuk mencuci skrin laptop. Pastikan set yang anda beli itu dilengkapi dengan kain anti-statik iaitu kain yang akan dapat ketika membeli spek mata kerana itu adalah alat terbaik dan paling efisien untuk mencuci skrin laptop anda.

8. Semasa menjalankan proses pembersihan, INGAT! jangan spray terus kepada skrin laptop anda tetapi pada kain tersebut dan JANGAN! lakukan proses pembersihan dalam keadaan laptop ON.

9. Pastikan skrin anda berada dalam keadaan kering sebelum anda menutup ‘lid’ laptop anda.

Sebolehnya elakkan laptop anda jadi begini
10. Pastikan diantara skrin dan laptop anda atau diatas keyboard anda tiada objek tidak kira kecil atau besar kerana banyak kes seperti terlupa alihkan pendrive lalu mencederakan skrin anda.

Antara pelanggan yang berpuas hati dengan service kami!




Anda gembira, kami pun gembira.


Any question about gajet can contct our staff by inbox page.
Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh
PM --> www.facebook.com/messages/jerseylatestshop
atau personal adviser,
Sms wechat whatsapp 
Syawal - 0125462297
Pelbagai jenis aksesori gajet lain juga ada!

Like and share.

Saturday, April 19, 2014

Monopod Terbaik!!!


Sila tinggalkan pandangan anda untuk kami baikpulih.


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama juga Encik syawal tak update pasal gajet ini. Maklumlah kehidupan sebgaai seorang pelajar unversiti ini. Mesti tak lari daripda kelas, lecture, toturial, latihan, asgmnt, quiz dan lain lain lagi. Memang busy tahap PM la katakan. so, cakap cakap jual monopod memang tak banyak, tapi agent yang jualkan.. So, alhamdulilah rezeki ada di mana2 sahaja.

Syawal nk buat promosi dekat sini. Sesiapa yang nk beli:

1) monopod + Holder (kotak oren) cuma RM 50 shja
2 monopod V2 (kotak putih) cuma RM 65 sahaja
3)universal bracket Rm 55 sahaja..

Postage adalah percuma di seluruh Malaysia.. Jangan Lepaskan peluang kemasan ini!!

PEMBELIAN BORONG JUGA DIGALLAKAN>>>
Alhamdulillah, tamat sudah sebagai pelajar Ko K Siswa Niaga UUM pada hari. Sejujurnya, kursus ini adalah terbaik untuk membentuk keperibadian yang baik dalam diri anda untuk menjadikan diri anda lebih berdaya saing apabila keluar daripada universiti kelak. Ini adalah tmbah nilai buat diri anda sebelum memasuki alam pekerjaan. Terlalu syawal bangga melihat kawan2 yang tidak masuk universiti namun mereka lebih berjaya daripada syawal, ucapan tahniah syawal ucapkan. Mereka sudah memiliki pekerjaan tetap, berkahwin dan mampu menyara ahli keluarga dengan berkerja. Kita? masuk di universiti? rasa masih muda? rasa perlu bersuka ria? bangunlah drpd tidur yang panjang. Selama dua tahun bergelar pelajar siswa niaga UUM. Mampu menguruskan Jersey Latest Shop yg menfokuskan jual gajet yang terkini dan terbaru dengan team2 yang sangat hebat!. tq guys. Orang selalu tanya, kedai di mana? terus terang kami adalah gajet online seller yang mempunyai agent di seluruh Malaysia. Semua gajet terbaru dan murah drpd pasaran akan ada! kedai kami adalah di rumah sahaja..

Sesiapa yang ingin menjadi agent dropship Jersey Latest Shop boleh pm.
Promosi terhebat ( monopod clearence stok )
(terhad untuk 5 orang terawal sahaja)
Any question about gajet can contct our staff by inbox page.
Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh
PM --> www.facebook.com/messages/jerseylatestshop
atau personal adviser,
Sms wechat whatsapp
Syawal - 0125462297
Pelbagai jenis aksesori gajet lain juga ada!
LIKE & SHARE
Jualan borong: min 10 unit
Monopod biasa (kotak oren) RM300
Monopod v2 ( kotak putih) RM470
Universal mobile pocket Holder: RM450

Monday, February 10, 2014

Dalam Dilema untuk pilih jenama fon? dan Review fo Lenovo A 369


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hehe, kepada pembaca-pembaca sekali terima kasih syawal ucapkan kerana sudi singgah ke blog berkaitan gajet syawal. Sebenarnya tujuan syawal buat blog ini adalah untuk berkongsi sedikit ilmu tentang apa yang syawal suka dan mengikut peredaran semasa. Mesti hampa pernah tertipu apabila beli fon kan? ada fon yang klon, ada fon yang cepat rosak, ada fon yang bateri cepat habis. Jangan kata hampa sahaja yang kena mcm tu, sebabnya seller pun pernah kena tipu dengan supplier. Allah swt itu Maha Adil kan? Haha, tak nak cerita pasal ini panjang lebar, menyakitkan hati adalah adan apapun ini adalah asam garam kehidupan. Hadapinya dengan senyuman. 


Sebab itulah tujuan syawal berkongsi sedikit ilmu dengan hampa semua di luar sana. Supaya anda ada ilmu sedikit sebanyak tentang fon ini. Jadi, bila ke kedai tak lah jadi tunggul sahaja. Ada juga idea nak bersembang nanti. 

Ramai duk tanya dekat syawal antara jenama Samsung, Sony dan yang terbaru adalah Lenovo serta Iphone yang mana lagi okayy.? Macam na nak jawab nie. Meh ceq nak habaq mai. Pendapat peribadi syawal lah, Untuk pengguna Iphone adalah telefon pintar yang sangat stabil. Nak tahu kenapa? sebabnya harga untuk telefon ini sukar untuk jatuh dalam pasaran, manakala pembuatan dan design untuk telefon ini sangat kukuh dan dinamik. Sebagai contoh yang paling penting adalah bateri di mana bateri untuk semua Iphone seperti yang anda tahu adalah built in yang membawa maksud bahawa baterinya tidak boleh ditukar ganti. Ini adalah kelebihan Iphone yang boleh membuktikan kepada kita bahawa tiada alat ganti yang tidak tulen daripada iphone. So, kalau ada bajet besar. boleh pakai iphone..

Untuk samsung boleh adalah lebih kepada branding di mana spec dan power lebih sama dengan lenovo namun sebab apa lenovo murah? Ini adalah salah satu skill marketing supaya Lenovo dapat menjual lebih banyak telefon berbanding samsung. Seperti yang kita tahu samsung memang ada pengikutnya yang tersendiri manakala Lenovo baru nak berkembang dalan dunia telefon pintar ini. Untuk merumuskan apa yang syawal ingin perkatakan adalah. Kalau nak spec tinggi namun bajet rendah. Ambilah Lenovo manakala jika anda Die Hard Fans untuk sambung, beranilah untuk berkorban sedikit rezeki anda itu. 

Manakala untuk sony pula adalah pilihan yang baik kepada pengemar telefon jenama sony. hal ini kerana desgn oleh pengeluar sony lebih mantap dan harganya juga berpatutkan dan sekarang yang terbaru adalah sony Z ultra.. Tunggu sedikit bulan lagi keluarlah sony Ultraman.. hehe. jangan marah. Syawal gurau jaa..

Bagi yang bajet rendah untuk berwhatappss atau ini memiliki anset berpaparan 4.0 inci dengan android 2.3  dan touch screen. Anda boleh dapatakn dengan harga istimewa.. nak habaq siap2 market price adalah Rm 399. Kalau mahukan harga diskaun comment di bawah cakap saya nak dan boleh hubungi syawal melalui..:


Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh
PM --> www.facebook.com/messages/jerseylatestshop
atau
Sms wechat whatsapp 
Syawal - 0125462297

Pelbagai jenis aksesori gajet lain juga ada!

LENOVO (A 369) Review untuk fon ini adalah seperti berikut:


Dapat Fullset

Dengan Screen 4.0 inci

Scren yang cantik


{NEW} WANT TO SELL.
Model : Lenovo A369 (black)

Spec..
✔ OS: Android 2.3
✔CPU: MTK6572 Dual Core 1.3GHz
✔ROM: 512MB
✔RAM: 256MB
✔Screen: 4.0 inch TFT, capacitive touch screen 800 × 480 (WVGA )
✔Camera: Back :2.0MP ada video recording
✔Add. Features: Wi-Fi, 3G, FM, Bluetooth, Browser, MP3, MP4, MMS, Alarm, Calendar, Calculator...

Pakej..
1 x Smart Phone
1 x 1500mAh Battery
1 x USB Cable
1 x Charger
1 x User Manual

POSTAGE Percuma DAN COD area Alor Setar.
pm for promosi price sms "baca blog"



Saturday, February 8, 2014

Doktor Bateri


#telefon bimbit #handphoneapps #batterydoctor

BATERI untuk Smartphone boleh tahan lebih lama sekiranya ia dicaj dengan car yang betul. Saya sarakankan agar sahabat-sahabat muat-turun aplikasi Battery dari KS Mobile.

5 tips untuk menyelamatkan batteri smartphone anda!

Bagaimana untuk memanjangkan jangka hayat bateri anda? Jika anda pengguna smartphone dan selalu mengunakan data plan sudah pasti anda akan mengalami masalah tahap kesukaran ketahanan bateri bebanding telefon nokia? hehe. Selain itu, jika anda gemar melancong, berjalan, jalan, bersiar siar, berdating, melakukan aktiviti yang jauh atau tiada atau sukar untuk mendapatkan sumber elektrik. Sudah pasti hal ini menyusahkan anda. Dengan aplikasi doktor batteri ini anda dapat melihat penggunaan kuasa graf yang boleh diakses melalui tetapan atau settings. Melalui aplikasi ini ia membantu anda mengenal pasti penyebab penggunaan sumber kuasa yang berlebihan dan diberikan notis apabila batteri mulai kurang. Tips ini adalah khas untuk pengguna telefon smartphone dan lain lain.


1. Pastikan telefon anda tak panas 24 jam

Anda jangan biarkan telefon anda selalu panas kerana ia akan memberikan kesan kepada jangka hayat bateri tersebut. Kalau dekat malaysia ini, sudah la cuaca pun panas, jadi janganlah anda memanaskan keadaan yang ada. hehe. Kalau di luar adalah kawasan dalam keadaan cuaca panas pastikan anda menyimpan telefon anda di dalam pocket atau beg kerana pendedahan secara langsung kepada habab akan memberikan kesan kepada bateri tersebut. Contohnya ada pergi ke pantai dan meletakan telefon anda di tempat yang panas akan memberikan kesan kepada kuasa bateri itu.

2. Rendahkan kecerahan skrin 

Rata rata daripada kita mesti tak tahu, anda mesti tetapkan kecerahan skrin smartphone adalah mengikut persekitran. Kecerahan skrin memberikan kesan kepada penggunaan kuasa bateri, jadi dengan mengunakan tahap penchayaan yang sesuai ia dapat membantu memanjangkan janka hayat bateri anda. 

Anda boleh menurunkan pencahayaan apbila diluar.


3. Kurangkan masa screen timeout

Pengguna smarrtphone secara automatik akan malap dan kemudian akan mematikan paparan selepas waktu yang telah ditetapkan. Ini sangat berguna untuk memanjangkan jangka hayat bateri anda jika anda memendekkan masa untuk telefon malap. Sestengah telefon seperti Note 2. mempunyai tetapan yang bernama Smart Stay. tetapan ini menghalang skrin daripada terpadam dan ia mengesan adakah pengguna sedang melihat skrin ataupun tidak. jadi secara automatinya screen akan tertutup jika anda tidak lagi menggunakan telefon anda selepas beberapa saat kemudian.


4. Jangan lupa tetapkan save mode

Kebanyakkan smartphone mempunyai tetapan khas yang boleh dipilh untuk menjimat jangka hayat bateri. tetapan ini dilakukan dengan menutup aplikasi seperti radio, GPS, bluethooh, wifi dan lain lain.


5. Mematikan tetapan getaran (vibration)

Inilah yang paling penting, sesetengah orang suka apabila telefon anda bergetar namun anda tidak tahu inilah punya bateri cepat habis penggunaannya.

Tapi anda tidak perlu risau sekarang!!. Powerbank kan ada :)

Untuk melihat stok bekalan Powerbank yg kami miliki dengan harga PROMOSI boleh layari  album Koleksi Powerbank Jersey Latest Shop.

Untuk pengetahuan semua, kami menjual powerbank local dan original di mana apbila anda membeli set local anda akan diberikan warranty selama 3 bulan manakala jika anda membeli set original anda akan diberikan warranty selama 1 tahun. Sebarang kerosakkan apa barang smpai dan dalam tempoh warranty anda berhak untuk membuat penukaran adan hadiah misteri daripada kami. Jadi, apa anda ragu lagi? Membeli dengan bijak.

Antara powerbank Local yang mendapat permintaan tertinggi dan kami sarankan ialah Powerbank Bank UNIVERSAL.

Kelebihannya.
1. Berkapasiti 20 000 MAH.
2. Compatibility dengan iphone, iPad, samsung Nokia, Htc, Psp, digital Kamera dan lain lain.
3. Quick charges USB port.
4. Terdapat pelbagai pilihan warna.

Specifikasinya.

>> Saiz :135mm(L) x 70mm (W) x 23mm(H)>
>> Berat : 432g
>> Type : li-polymer Battery.
>> output 1 : DC 5V/2.1
>> output 2 : DC 5v/1A

Update Stok. Kini terdapat dengan pelbagai pilihan warna!! dapatkan segera sementara stok masih ada..




PROMOSI untuk (20 pembeli terawak sahaja)
Harga RM 159??? tidak..... Hubungi kami untuk dapat harga promosi di Jersey latest Shop

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh
PM --> www.facebook.com/messages/jerseylatestshop
atau
Sms wechat whatsapp 
Syawal - 0125462297

Pelbagai jenis aksesori gajet lain juga ada!

LIKE & SHARE

Harga akan kembali asal stelah kuota promosi PENUH..!
Powered by Blogger.